Terdapat beberapa helai borang soal selidik telah diedarkan kepada sebahagian penduduk Kampung Batu 5 untuk meninjau persepsi masyarakat kampung terhadap kehidupan mereka di Kampung Batu 5 dan pemahaman mereka tentang teknologi maklumat. Berikut adalah bentuk soalan yang diberikan kepada mereka dan analisis soalan tersebut .
Soalan 1 : Sudah berapa lamakah saudara/saudari menetap di Kampung Batu 5?
Jawapan :
Seramai 2/3 penduduk yang telah menetap di Kampung Batu 5 selama 10-20 tahun. Manakala selebihnya telah menetap di kampung ini melebihi 20 tahun.
Soalan 2 : Adakah anda berasa selesa menetap di Kampung Batu 5? Mengapa?
Jawapan :
Semua respondens bersetuju bahawa mereka selesa menetap di Kampung Batu 5.
Soalan 3 : Adakah anda rasa masyarakat di sini hidup harmoni?
Jawapan :
Semua respondens bersetuju bahawa masyarakat Kampung Batu 5 hidup dalam keadaan yang harmoni bersama.
Soalan 4 : Adakah anda setuju jika kampung ini diperkenalkan kepada masyarakat luar?
Jawapan :
Semua respondens bersetuju bahawa Kampung Batu Lima perlu diperkenalkan kepada masyarakat luar.
Soalan 5 : Adakah anda tahu mengenai teknologi maklumat?
Jawapan :
Majoriti masyarakat Kampung Batu 5 mengetahui kewujudan teknologi maklumat manakala hanya sebilangan kecil penduduk sahaja yang kurang mengetahui tentang teknologi maklumat.
Soalan 6 : Bagaimanakah tahap penguasaan anda dalam bidang teknologi maklumat?
Jawapan :
Majoriti penduduk Kampung Batu 5 menguasai bidang teknologi maklumat pada tahap sederhana. Terdapat sebilangan penduduk kampung tersebut yang mencapai tahap penguasaan yang baik dalam bidang teknologi maklumat. Mereka yang lemah dalam bidang teknologi maklumat hanyalah kumpulan yang minoriti sahaja.
Soalan 7 :Internet merupakan salah satu teknologi maklumat. Bagaimanakah anda menggunakan medium tersebut dalam kehidupan seharian?
Jawapan :
Kebanyakan masyarakat Kampung Batu 5 memanfaatkan internet dengan mencari makluamat yang menarik seperti isu semasa, dunia hiburan dan info sukan. Selain itu, mereka juga berinteraksi dengan kenalan mereka melalui aplikasi Whatsapp dan Facebook.
No comments:
Post a Comment