KEMUDAHAN ASAS KAMPUNG BATU 5

KEMUDAHAN ASAS DI KAMPUNG BATU 5, BANGI

Kampung Batu 5, Bangi merupakan sebuah kampung yang aman dan harmoni. Sepertimana di kawasan kampong yang lain, Kampung Batu 5 turut mempunyai pelbagai kemudahan yang disediakan bagi memudahkan rutin harian penduduk kampong. Hal ini demikian, bagi memastikan kemaslahatan kampong akan lebih terjamin. Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan ialah seperti berikut:

1.       Surau al-Ehsaniah Kampung Batu 5 untuk penduduk yang beragama Islam menunaikan solat secara berjemaah dan melakukan aktiviti-aktiviti lain seperti mesyuarat, kenduri-kendara, ibadah kurban dan sebagainya.

2.       Kedai-kedai runcit di tepi jalan dimana struktur kampong adalah berselerak dan memudahkan para penduduk mendapatkan bekalan ataupun keperluan di kedai berhampiran.

3.       Sekolah-sekolah berdekatan untuk anak-anak penduduk sekitar dimana terdapat sebuah sekolah rendah (SK Rinching Hilir) dan dua buah sekolah menengah (SMK Seri Putra dan SMK Ungku Hussein).

4.       Bekalan elektrik dan air bersih yang mencukupi untuk seluruh penduduk kampong dan sekitarnya.

5.       Bancian turut dilakukan oleh pegawai yang bertugas untuk memeriksa dan melihat sebarang kerosakan di jalan kampong mengikut tempoh yang ditetapkan.

6.       Kemudahan internet dan telefon untuk penduduk kampong bagi memudahkan perhubungan ke luar kawasan kampong dilakukan seperti menggunakan talian Streamyx atau Unifi.


Akhir kata, Kampung Batu 5, Bangi turut mengikuti arus kemodenan yang kian pesat dari hari ke hari. Hal ini demikian, menunjukkan bahawa penduduk kampong keseluruhannya dapat menguasai penggunaan teknologi maklumat dalam kehidupan seharian seperti penggunaan computer, telefon pintar dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment